Kastam berjaya kesan 20.14 kg dadah, bungkus guna pembalut aluminum

Kastam berjaya kesan 20.14 kg dadah, bungkus guna pembalut aluminum

SAZALI Mohamad (dua kanan) menunjukan dadah jenis ketamine yang bernilai RM1.2 juta dalam sidang akhbar di Kompleks Kastam Kargo, KLIA. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mengagalkan satu penyeludupan dadah jenis Ketamine seberat 20.14 kilogram di Pusat Mel dan Kurier Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini.

Dalam operasi pada 28 Ogos lalu, JKDM Zon Tengah Unit III (LTAKL) berjaya merampas dadah  bernilai RM1.208 juta itu yang tiba dari Asia Tengah.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad berkata, siasatan mendapati, bungkusan itu dialamatkan di Nilai, Negeri Sembilan, namun berdasarkan pemeriksaan, alamat berkenaan disahkan palsu.

Malah, beliau berkata, jalan yang dinyatakan dalam alamat itu juga tidak wujud dan ia bertujuan mengaburi mata pihak berkuasa.

“Pemeriksaan menemui 20 bungkusan plastik mengandungi serbuk kristal dan diisytiharkan sebagai ‘pharmaceutical substances’ yang dibungkus dalam pembalut aluminium, namun masih dapat dikesan mesin pengimbas.

“Kami difahamkan, penyeludupan itu bukan dikendalikan oleh sindiket, sebaliknya untuk kegunaan sendiri dan rampasan ini berjaya membanteras daripada diedarkan kepada 100,700 penagih dadah,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Sazali berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan usaha kini sedang dilakukan bagi memburu individu terbabit.

Menurutnya, rampasan terbaharu ini menjadikan keseluruhan kes sebanyak 74 kes rampasan dadah dilaporkan di KLIA setakat 31 Ogos lalu membabitkan nilai RM13.39 juta iaitu masing-masing 71 kes melalui rampasan kurier, penumpang (dua kes) dan eksport (satu kes).

“Jumlah rampasan dadah terbesar membabitkan ganja dengan 43 kes, Methamphetamine (sembilan), Heroin (lapan), Eramin 5 (lima), MDMA (tiga) dan masing-masing dua kes bagi Kokain, Ketamine dan Ecstasy.

“Dalam tempoh sama, enam individu ditahan untuk siasatan, manakala, empat suspek telah dituduh di mahkamah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya