NEW YORK: “Tidak banyak yang mampu kita buat untuk kurangkan penderitaannya,”
Itu perkembangan yang dikongsi kakak penyanyi Celine Dion, Claudette berkenaan keadaan penyanyi tersebut yang kini bertarung dengan penyakit Stiff Person Syndrome.
Bercakap kepada Hello! Canada, Claudette memaklumkan penyanyi berusia 74 tahun itu pada masa sekarang sedang berusaha untuk pulih meskipun masih keliru tentang penyakit dialaminya.
“Dia sering mengalami kekejangan otot yang mustahil untuk dikawal.
“Kami sekeluarga sekarang berada di sisinya untuk memberi sokongan dan semangat kepada dia.
“Sukar untuk katakan ada atau tidak penawar bagi penyakit itu,” kata Claudette yang kini tinggal bersama Celine dan tiga anaknya.
Penyanyi lagu My Heart Will Go On itu pada December 2022 disahkan mengalami penyakit itu dan berkongsi perkara berkenaan menerusi Instagram.
Disebabkan itu juga, Celina terpaksa membatalkan semua konsert jelajah dunianya termasuk beberapa konsert di Eropah.