KUALA LUMPUR: Suami Jasmin Hamid, Nazmir Abd Rahim, 37, memaklumkan keadaan isterinya stabil selepas menjalani pembedahan minggu lalu.
Malah kata Amir, pelakon berkenaan kini sudah kembali aktif dan mula bekerja seperti biasa.
“Alhamdulillah, keadaannya bertambah baik dan sudah mula bekerja. Harapnya keputusan hospital nanti semua positif.
“Jumaat lepas buat pembedahan kecil sahaja. Setakat ini keadaannya semakin baik, berlakon pun babak ringan sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Jasmin disahkan mengalami pendarahan pada rahim beberapa bulan lepas. Jumaat lalu pelakon tersebut menjalani pembedahan kecil bagi mengurangkan risiko kanser dibahagian tersebut.
Dalam pada itu, Amir memohon agar peminat mendoakan kesihatan pelakon berusia 50 tahun itu.
“Terima kasih atas sokongan untuk Jasmin. Doakan agar dia beransur pulih dan dijauhkan dari penyakit berbahaya,” katanya.