Jangan rakam, sebar kalau sekadar mahu aibkan orang - Mamat Exist - Utusan Malaysia

Jangan rakam, sebar kalau sekadar mahu aibkan orang – Mamat Exist

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Terkilan dengan penyebaran berita palsu berhubung kesihatannya, vokalis Exists, Mamat terpaksa berdepan pelbagai spekulasi dan dakwaan kononnya dia sedang sakit.

Jelas Mamat, rakaman video yang tular di media sosial baru-baru ini juga memberi impak kepada pendapatannya lantaran ramai penganjur dan orang ramai beranggapan dia tidak boleh bekerja kerana sakit.

“Sebenarnya video itu diambil ketika saya balik kampung. Saya ketika pun pun baru bangun tidur. Tak bersiap sangat, lebih kurang sahaja sebab masih pagi lagi kan. Keadaan waktu itu santai saja, saya pun pun berada di kampung sendiri.

“Tapi tak sangka ada yang rakam dan tularkan tanpa sebarang tujuan sehingga warganet sangka saya sakit. Bila rakaman itu tersebar, tiba-tiba banyak spekulasi timbul sekali gus memberi impak kepada kerja saya.

“Orang kampung bukan tak kenal saya. Bila perkara ini berlaku, selepas ini di kampung pun saya perlu berhati-hati. Takut tular cerita lain pula nanti,” ujarnya.

Vokalis Exists itu ditemui pada sidang media Konsert Exists X Orkestra yang bakal berlangsung di Megastar Arena Kuala Lumpur pada 22 Disember depan.

Baru-baru ini, tular satu video di laman media sosial TikTok seorang pengguna keadaan Mamat yang tampak kurus hingga disangka sakit membuatkan ramai meninggalkan pelbagai komen.

Dalam pada itu, bekas peserta Gegar Vaganza musim pertama itu juga mengharapkan orang ramai akan lebih bertimbang rasa dengan tidak sesuka hati merakam dan menyebarkan sesuatu yang boleh membawa fitnah.

“Di usia seni saya, kalau boleh tak mahu terjebak dengan kontroversi murahan. Janganlah rakam dan sebar kalau sengaja mahu menyusahkan orang atau mendatangkan aib serta fitnah.

“Perkara seperti ini menyusahkan saya. Bila nak buat persembahan pada masa akan datang, kita pula kena menjawab. Terus-terang saya memang tak minat

“Kalau muka tak keluar surat khabar atau jadi bahan berita pun tak mengapa, saya tak hairan. Asalkan tidak terpalit kontroversi,” luahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN