PETALING JAYA: Lima syarikat dipercayai disenarai pendek termasuk YTL Corp, MMC Corp Bhd., Malaysian Resources Corp Bhd. (MRCB), WCT Holdings Bhd. dan Berjaya Land Bhd. (BLand) untuk Projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) Malaysia-Singapura. Sebelum ini, Malaysia dan Singapura memutuskan HSR dibatalkan selepas tempoh penangguhan projek itu berakhir pada 31 Disember 2020. Kerajaan Malaysia dilaporkan membayar pampasan berjumlah RM320.27 juta kepada kerajaan Singapura selepas kedua-dua negara bersetuju untuk menamatkan kontrak pembinaan…










