Fatwa mana Muhyiddin pakai, undi Suhaizan haram? -Zahid 

Fatwa mana Muhyiddin pakai, undi Suhaizan haram, tanya Ahmad Zahid 

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan fatwa yang digunakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan haram mengundi calon parti daripada Kerajaan Perpaduan.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut menyelar tindakan yang politik semata-mata pihak terbabit tidak sealiran dengannya.

“Saya nak tanya dengan orang itu, ayat al-Quran daripada mana, hadis daripada mana, qias daripada mana, ijmak ulama dari mana (dia pakai).

“Ketika beliau menjadi sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) 1.0 dahulu, semuanya halal, apabila tidak sealiran sahaja dengan dia, keluarlah fatwa yang berbagai-bagai,” katanya selepas melawat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, Mohd. Hairi Mad Shah.

Beliau mengulas satu video yang tular dalam media sosial hari ini menunjukkan Muhyiddin ketika berucap dalam satu ceramah sempena PRK Parlimen Pulai di Johor mengeluarkan fatwa ‘haram’ mengundi calon PH, Suhaizan Kayat.

Bekas Perdana Menteri itu mengeluarkan ‘fatwa’ haram untuk memberi satu undi kepada calon PH yang bertanding di kawasan berkenaan.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, pengundi di Johor ini khususnya di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram bukan mudah terpedaya dengan perkara seperti itu.

“Pada hemat saya, Bangsa Johor, pengundi Johor berbeza dengan pengundi di tiga negeri yang dikuasai mereka.

“Rakyat Johor perlukan kestabilan, pengundi johor mahukan wakil mereka boleh perjuangkan keperluan dan nasib mereka, sama ada di Pulai dan Simpang Jeram,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya