PETALING JAYA: Keterangan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) Isnin depan berhubung kenyataannya mengenai ‘fatwa’ haram mengundi calon Pakatan Harapan (PH) dalam satu ceramah di Johor, kelmarin. Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kenyataan itu akan diambil kira-kira pukul 9.30 pagi oleh pegawai perakam. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut lokasi…









