Fama sepatutnya bantu masalah lambakan kelapa

Fama sepatutnya bantu masalah lambakan kelapa

PEKEBUN menunjukkan lambakan kelapa yang tidak terjual berikutan harga rendah kerana saingan kelapa Indonesia ketika tinjauan di Bagan Datuk. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Pembekal kelapa di sini yang mengalami masalah untuk memasarkan kelapa akibat saingan kelapa dari Indonesia yang lebih murah berharap Fama membantu mereka mengatasi masalah tersebut.

Seorang pekebun kelapa di sini, Ahmad Azam Zakaria berkata, masalah yang mereka hadapi itu mungkin tidak seteruk sekarang jika Fama memikirkan kaedah jualan atau pemasaran untuk kelapa tempatan.

Ahmad Azam mendakwa Fama tidak memainkan peranan yang secukupnya dalam membantu pekebun dan pemborong dalam isu lambakan kelapa yang tidak terjual di daerah ini..

“Fama perlu melihat masalah ini dengan serius. Apa yang kami alami ialah Fama hanya membeli sebahagian kelapa yang elok sahaja.

“Kelapa yang sudah cambah dan kecil terpaksa dibuang begitu sahaja kerana tidak boleh dijual.

“Sebagai agensi pemasaran pertanian, Fama sepatutnya memikirkan kaedah lain agar kelapa dapat terus dipasarkan supaya tidak berlaku lambakan kelapa seperti yang berlaku di sini ketika ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan mengenai pembekal kelapa di sini mengalami kerugian apabila kelapa yang mereka beli dari pekebun tempatan tidak dapat dijual disebabkan harganya yang rendah akibat saingan kelapa dari Indonesia yang lebih murah.

Pemborong di Kampung Sungai Batang mendakwa di kawasannya sahaja dianggarkan lambakan kelapa sehingga 30,000 biji.

Biasanya kelapa dari daerah ini dijual di pasar sekitar Kuala Lumpur namun permintaan berkurangan disebabkan kemasukan kelapa Indonesia yang lebih murah.

Difahamkan kelapa import dari Indonesia 90 sen sebiji sedangkan kelapa dari Bagan Datuk RM1.50 hingga RM1.60 sebiji, menyebabkan permintaan kelapa dari daerah ini terjejas.

Mereka juga kesal kerana kilang santan di Bagan Datuk juga tidak lagi membeli kelapa tempatan disebabkan harga kelapa Indonesia lebih murah.

Pekebun mendakwa hanya 60 peratus kelapa yang dibelinya dari pekebun kecil dapat dijual,selebihnya tidak dapat dijual sehingga sudah banyak yang cambah.

Pekebun meminta kerajaan mengkaji semula kemasukan kelapa daripada Indonesia bagi memastikan pekebun kecil tidak terus mengalami,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN