Empat suspek kes rogol masih dalam negara

Empat suspek kes rogol masih dalam negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis percaya empat lagi lelaki dipercayai terlibat kes rogol berkumpulan di Wangsa Maju dekat sini, masih berada dalam negara.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, pihaknya kini sedang giat mengesan empat suspek berusia antara 20-an hingga 30-an itu.

“Suspek utama iaitu abang ipar mangsa berusia 29 tahun itu dituduh semalam di bawah Seksyen Seksyen 107 Kanun Keseksaan (KK) bersama Seksyen 375B KK.

“Kita masih giat mengesan keempat-empat suspek dipercayai melarikan diri,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Pada 30 Ogos lalu, media melaporkan mangsa berusia 27 tahun itu tersedar daripada tidur apabila tangannya diikat dan mulutnya dilekatkan dengan pita pelekat oleh suspek pada pukul 3.30 pagi.

Mangsa kemudian dirogol bergilir-gilir dipercayai rakan-rakan abang iparnya.

Ketika kejadian, anak saudara mangsa terlihat kesemua suspek termasuk rakan abang ipar serta seorang lagi rakan pulang ke rumah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN