Ebit Lew buat laporan polis berhubung fitnah melampau

Ebit Lew buat laporan polis berhubung fitnah melampau

ebit lew
EBIT Lew memuat naik gambarnya di Instagram setelah membuat laporan polis awal pagi tadi di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendakwah bebas, Ebit Lew membuat laporan polis terhadap dakwaan fitnah melampau yang dilemparkan terhadap dirinya susulan penerbitan wawancara podcast berkaitan dirinya baru-baru ini.

Laporan polis itu dibuat awal pagi tadi di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya.

Memaklumkan perkara itu di laman sosial Instragram miliknya, Ebit berkata, laporan polis itu dibuat sebaik tiba dari Jeddah, Arab Saudi kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

“Bismillah. Baru sampai dari Jeddah (pukul) 12 malam tadi terus ke balai polis buat laporan mengenai fitnah-fitnah melampau yang langsung tidak berasas ke atas saya.

“Saya serahkan pihak polis untuk mengambil tindakan. Saya juga menyerahkan kepada pihak peguam saya untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam keterangan hantaran tersebut.

Beliau turut memuat naik foto memegang salinan laporan polis di hadapan balai polis berkenaan.

Pada 11 September lalu, seorang selebriti tempatan menerbitkan satu podcast khas menampilkan seorang wanita daripada negara jiran yang pernah dibantu pendakwah berkenaan beberapa bulan lalu.

Wanita itu antara lain mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual ketika berada di Malaysia tahun ini.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN