Dua suspek bunuh tiga lelaki Sri Lanka dipercayai sembunyi sekitar Lembah Klang

Dua suspek bunuh tiga lelaki Sri Lanka dipercayai sembunyi sekitar Lembah Klang

ALLAUDEEN ABDUL MAJID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memburu dua suspek kes pembunuhan tiga mayat lelaki warga Sri Lanka yang ditemukan diikat pada tangan dan kaki selain kepala disarung dengan plastik di sebuah rumah di Jalan Perhentian Kampung Kovil Hilir, Sentul, dekat sini kelmarin. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, polis masih mengesan lokasi dua lelaki warga Sri Lanka dipercayai bersembunyi. 

“Bagaimanapun kita percaya kedua-dua suspek masih berada di sekitar Lembah Klang. 

“Kita telah gerakkan sepasukan polis untuk mengesan mereka. Setakat ini punca kejadian belum dikenal pasti kerana masih menyoal siasat sepasang suami isteri yang direman tujuh hari. 

“Aiasatan awal mendapati dua suspek yang melarikan diri itu mengenali mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Semalam, Allaudeen dilaporkan berkata,  polis menerima panggilan pada 11 malam berkaitan kejadian pertengkaran sepasang suami isteri dengan dua suspek lelaki yang juga warganegara sama.

Beliau dilaporkan berkata, dua suspek lelaki melarikan diri dan hanya sepasang suami isteri berada di dalam rumah berkenaan.

Katanya, mayat ketiga-tiga lelaki warganegara Sri Lanka berusia 20 hingga 30-an turut ditemukan bertindan dalam bilik stor malah seorang daripada mangsa merupakan anak kepada pasangan suami isteri. 

“Siasatan awal mendapati dua suspek utama yang melarikan diri dikatakan datang melawat dan bermalam di situ sejak dua hari lalu.

“Suspek dipercayai  merancang pembunuhan itu sebelum berlaku pergaduhan dengan pasangan terbabit lalu melarikan diri,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN