Dua rakan dipenjara sembilan tahun rompak bersenjata kedai runcit - Utusan Malaysia

Dua rakan dipenjara sembilan tahun rompak bersenjata kedai runcit

DUA rakan yang mengaku salah atas tuduhan melakukan rompakan bersenjata di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Dua sekawan terpaksa meringkuk di dalam penjara selama sembilan tahun selepas mengaku bersalah atas tuduhan rompakan bersenjata di sebuah kedai runcit, dua minggu lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Nooriah Osman, turut menjatuhkan hukuman dua sebatan terhadap Mohd. Azwan Harun, 34, dan Mohamad Syakir Azroy Md. Rudi, 28, sebaik tertuduh membuat pengakuan bersalah.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua tertuduh yang merupakan mekanik di sebuah bengkel motosikal didakwa melakukan rompakan berkumpulan dengan bersenjatakan sebilah sabit.

Mohd. Azwan dan Mohamad Syakir Azroy didakwa merompak sejumlah wang bernilai RM1,500 dan mencederakan juruwang kedai tersebut sehingga mengalami kecederaan di bahagian leher.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Kampung Chabang Tiga kira-kira 2.30 pagi pada 13 September lalu yang turut dirakam melalui rakaman litar tertutup (CCTV) kedai berkenaan.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Nabihah Hanim Ayim manakala kedua-dua tertuduh  itu tidak diwakili peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya