Dewan Negara lulus KSP RMK-12

Dewan Negara lulus KSP RMK-12

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini meluluskan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) melalui undian suara.

Yang Dipertua Dewan Negara,Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan perkara tersebut selepas majoriti Ahli Dewan bersetuju dengan KSP RMK12.

“Terima kasih kepada 44 Ahli Dewan Negara yang mengambil bahagian di dalam perbahasan dan memberi maklum balas kepada 26 kementerian yang juga selesai menjawab serta membuat penggulungan sepanjang dua hari ini,” katanya.

Usul KSP RMK12 diluluskan selepas persidangan Dewan Negara selamat dijalankan iaitu bermula pada 20 sehingga 26 September ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Dewan Rakyat meluluskan usul KSP RMK12 dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM415 bilion.

Untuk rekod, KSP RMK12 disediakan bagi mengukur pencapaian sepanjang dua tahun pertama pada 2021-2022.

Selain itu, ia akan mengetahui hala tuju bagi tahun 2023-2025 ke arah mencapai negara mampan, sejahtera dan berpendapatan tinggi dengan mengambil kira cabaran domestik dan trend global semasa. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya