PETALING JAYA: DAP menggesa supaya Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun memberi penjelasan terbuka berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dihadapinya, semalam. Kontrak Idrus sebagai Peguam Negara tamat hari ini dan bakal diganti Peguam Cara Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh yang pelantikannya bakal berkuat kuasa esok.…









