Caj penentuan kiblat premis swasta di N. Sembilan tahun depan

Caj penentuan kiblat premis swasta di N. Sembilan tahun depan

AMRAN AWALUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Jabatan Mufti Negeri Sembilan akan mula mengenakan caj bayaran bagi perkhidmatan penentuan arah kiblat di premis-premis swasta di negeri ini bermula tahun depan.

Timbalan Mufti kerajaan negeri, Amran Awaludin berkata, caj sebanyak RM200 bermula Januari itu diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) baru-baru ini susulan permintaan tinggi bagi penentuan arah kiblat di premis-premis swasta.

Katanya, jabatan Mufti Negeri Sembilan melalui Bahagian Falak dan Sumber Maklumat bertanggungjawab dari segi penentuan arah kiblat premis awam termasuk di masjid dan surau.

“Kita juga bertanggungjawab bagi premis swasta, sebelum ini kami berikan bantuan percuma termasuk penerangan pendidikan mengenai penentuan arah kiblat.

“Namun, bermula Januari 2024 kami mengenakan bayaran sebanyak RM200 sebagai caj termasuk tiga pelekat yang pertama arah kiblat termasuk sijil,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Dalam pada itu, Amran berkata, perkhidmatan bagi penentuan arah kiblat di rumah pula akan dilaksanakan melalui Persatuan Jurufalak Syarie Negeri Sembilan.

“Caj yang dikenakan pula adalah sebanyak RM70 termasuk dua pelekat pertama arah kiblat dan dilaksanakan selepas waktu bekerja,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×