Belia agen perubahan kukuh perpaduan

Belia agen perubahan kukuh perpaduan

SEKITAR program Citra Belia sempena sambutan Hari Malaysia Peringkat Labuan di Kompleks SukancLaut Antarabangsa Labuan. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LABUAN: Golongan belia diharap menjadi agen perubahan dalam mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail berkata, golongan itu sering diperlukan dalam kegiatan-kegiatan yang memupuk kefahaman antara budaya, memerangi diskriminasi dan mempromosi nilai-nilai toleransi.

“Dalam konteks tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuh Harapan, kita turut menyedari akan kepentingan belia sebagai aset tumpuan utama yang merujuk peranan generasi muda dalam mendokong perpaduan dan memenuhi harapan negara Malaysia.

“Belia juga diharap dapat membawa inovasi dan pembaharuan ke dalam pelbagai sektor termasuk ekonomi, teknologi dan pendidikan. Ini kerana mereka lah yang diharapkan menjadi penggerak pembangunan negara dengan memperkenalkan idea-idea baharu dan solusi untuk menangani usaha memajukan negara,” katanya.

Rithuan berkata demikian ketika berucap sempena Program Citra Belia sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Labuan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa di sini, malam tadi.

Program dengan kolaborasi Majlis Belia Labuan yang julung kali diadakan itu melibatkan sebanyak 12 persatuan seni mempertahankan diri termasuk kelab tarian yang menampilkan persembahan wushu dan silat selain menonjolkan pelbagai jenis tarian tradisional dan kontemporari.

Dalam pada itu, Rithuan turut menyeru supaya warga Labuan terus menjaga perpaduan dan kesejahteraan di segenap peringkat kelompok etnik, agama dan budaya yang ada di Malaysia.

“Menerusi Sambutan Hari Malaysia adalah menjadi wadah untuk kita menyerlahkan saban tahun akan semangat cintakan tanah air dan saling mengasihi sesama warga.

“Inilah tanggjungjawab kita iaitu meninggalkan legasi negara bangsa Malaysia yang berdaulat dan bermaruah untuk diwariskan kepada generasi hadapan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN