Bekalan air di kawasan terjejas di Pulau Pinang dijangka pulih sepenuhnya esok - Utusan Malaysia

Bekalan air di kawasan terjejas di Pulau Pinang dijangka pulih sepenuhnya esok

K. PATHMANATHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Pasukan respons kecemasan (ERP) Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menyasarkan untuk menormalkan sepenuhnya perkhidmatan bekalan air di seluruh negeri itu esok.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Ir. K. Pathmanathan berkata, bekalan air kepada 391,239 daripada 465,004 (84.1 peratus) pengguna air terjejas di Seberang Perai dan bahagian pulau telah dinormalisasi setakat pukul 3.30 petang hari ini.

“PBAPP telah “menormalkan” perkhidmatan bekalan air untuk majoriti pengguna air Pulau Pinang yang terjejas akibat insiden Sungai Muda yang berlaku pagi tadi.

”Pengeluaran air terawat di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua telah mencapai 94.6 peratus daripada kapasiti maksimum,” katanya di sini hari ini.

Beberapa kawasan di Pulau Pinang berdepan gangguan bekalan air hari ini susulan kadar kekeruhan air yang tinggi berlaku di Sungai Muda disebabkan banjir di daerah Baling, Kedah.

Menurutnya, kekeruhan air mentah dari Sungai Muda di Masuk Lahar Tiang telah menurun kepada 547.9 NTU (unit kekeruhan nephelometric).

”PBAPP sedang mengabstraks air mentah pada kapasiti 100 peratus di Lahar Tiang untuk dipam ke Loji Rawatan Air Sungai Dua.

”Keutamaan pertama ialah mendapatkan semula kapasiti air terawat 100 peratus di LRA Sungai Dua,” katanya.

Tambahnya, selepas itu, PBAPP perlu mengoptimumkan pengepaman air terawat ke saluran paip kosong dan kakitangan PBAPP perlu menangani isu seperti menghidupkan semula pam di semua rumah pam yang terjejas dan menangani kunci udara, kemungkinan paip pecah, serta isu saluran paip lain.

Dalam pada itu, katanya, kejadian yang berlaku ialah gangguan bekalan air tidak berjadual yang disebabkan oleh kemalangan luaran dan faktor yang berada di luar kawalan PBAPP dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

“Kejadian ini berpunca daripada kejadian banjir kilat di Baling, Kedah baru-baru ini.

“Pasukan ERP PBAPP membuat keputusan untuk mengurangkan pengeluaran air terawat di LPA Sungai Dua kerana kekeruhan air mentah dari Sungai Muda adalah luar biasa tinggi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya