Bapa sumbangkan 90 Jalur Gemilang kepada anak

Bapa sumbangkan 90 Jalur Gemilang kepada anak, rakan di Kelas Pendidikan Khas

KHAIRUL NIZAM Abu Dahari (belakang, dua dari kiri) menyampaikan sumbangan Jalur Gemilang kepada guru sambil disaksikan oleh pelajar Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau, Kuantan baru-baru ini. – HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seorang bapa, Khairul Nizam Abu Dahari sanggup mengeluarkan belanja untuk menyumbangkan sebanyak 90 helai Jalur Gemilang di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Sekilau, Kuantan baru-baru ini.

Khairul Nizam berkata, dia sudah merancang sejak awal bulan ini untuk berbelanja Jalur Gemilang.

Hasratnya adalah untuk memberi sumbangan kepada Kelas Pendidikan Khas anaknya, Putra Aydeen, 13.

Sumbangan tersebut sebagai persediaan menyambut bulan kemerdekaan yang lazimnya dimeriahkan setiap tahun oleh pihak sekolah.

“Kelihatan pelajar berkenaan cukup gembira dengan sumbangan ini.

“Ia secara tidak langsung menunjukkan peranan iibu bapa membantu guru menyemarakkan semangat patriotisme dan aspek sejarah kemerdekaan kepada pelajar,” katanya di SK Bukit Sekilau, Kuantan baru-baru ini.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN