Banjir: PPS dibuka di SK Arau - Utusan Malaysia

Banjir: PPS dibuka di SK Arau

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu memindahkan mangsa ke PPS SK Arau, Perlis yang mula beroperasi petang tadi. -UTUSAN/APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) diaktifkan di negeri ini bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir yang terjejas susulan kediaman mereka dinaiki air berikutan hujan berterusan sejak tiga hari lalu.

Setakat ini, satu PPS dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Arau dengan menempatkan empat keluarga membabitkan 18 mangsa.

Pecahan mangsa terlibat adalah terdiri daripada 11 orang dewasa dan tujuh kanak-kanak.

Buat masa ini, proses bagi memindahkan mangsa-mangsa terjejas itu masih sedang dilaksanakan oleh agensi-agensi berkaitan di Kampung Titi Besi, di sini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan beberapa kawasan rendah di sekitar negeri ini mula dinaiki air susulan daripada hujan berterusan sejak tiga hari lalu.

Antara kawasan terlibat setakat ini, Kampung Ulu Pauh dan Kampung Titi Besi di sini dengan membabitkan lebih 15 kediaman dinaiki air pada paras betis.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar negeri, Megat Hashirat Hassan berkata, antara pendekatan segera dilaksanakan bagi menangani banjir di Kampung Ulu Pauh adalah dengan menyalurkan sebahagian air dari Sungai Alor Melaka ke Sungai Arau.

Katanya, setiap agensi juga sedang dalam keadaan siap siaga bagi membantu mangsa-mangsa sekiranya situasi hujan masih berterusan.-UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.