Banjir besar Libya: Rakyat Malaysia selamat

Banjir besar Libya: Rakyat Malaysia selamat

KEMUSNAHAN di Libya mengorbankan lebih 5,000 penduduk. -AP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Luar Negeri mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terjejas akibat banjir besar di wilayah timur Libya akibat Taufan Daniel.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, dua rakyat Malaysia kini berada di Marsa El Brega di negara tersebut, namun, disahkan selamat setelah berjaya dihubungi.

“Malaysia menzahirkan rasa simpati yang mendalam dan mengucapkan takziah kepada semua mangsa dan keluarga yang terjejas oleh Taufan Daniel tersebut. 

“Susulan penutupan sementara Kedutaan Besar Malaysia di Libya sejak tahun 2014, rakyat Malaysia di Libya yang memerlukan khidmat nasihat yang berkaitan boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir,” katanya.

Menurut kementerian itu lagi, pihaknya sedang memantau perkembangan pasca Taufan Daniel yang melanda wilayah Timur Libya pada hari Ahad lepas. 

Katanya, kejadian itu menyebabkan dua empangan di bandar Derna pecah dan mengakibatkan banjir besar yang mengorbankan lebih daripada 8,000 nyawa manakala 10,000 lain masih hilang. 

“Angka korban banjir ini dijangka akan terus meningkat mengambil kira usaha-usaha mencari dan menyelamat masih sedang giat dijalankan,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN