Bajet 2024: Sabah dan Sarawak akan tetap terima peruntukan khas

Bajet 2024: Sabah dan Sarawak tetap terima peruntukan khas RM300 juta

FADILLAH Yusof ketika ditemui media selepas merasmikan Hari Berandau Dan Koperasi Kluster Koko Sarawak 2023 di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko, Kota Samarahan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA SAMARAHAN: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof beri jaminan Sabah dan Sarawak akan menerima peruntukan dana khas RM300 juta mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan dalam pembentangan Belanjawan 2024.

Jelas Fadillah, meskipun formula yang dijanjikan sebelum ini belum dimuktamadkan, Sarawak secara automatiknya akan tetap menerima jumlah tersebut.

“Sekarang ini memang jumlahnya adalah RM300 juta itu lah. Sehingga dimuktamadkan nanti.

“Jumlah RM300 juta ini bergantung kepada status diwartakan, sesudahnya diwartakan nanti mereka (Kerajaan Persekutuan) akan memberikan peruntukan itu,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika ditanya media berhubung formula pemberian dana khas menjelang pembentangan Belanjawan 2024 bagi Sabah dan Sarawak selepas hadir merasmikan Hari Berandau Dan Koperasi Kluster Koko Sarawak 2023 di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko, Kota Samarahan hari ini.

Pada awal tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Kerajaan Persekutuan bersetuju menaikkan kadar pemberian khas kepada Sarawak mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan daripada RM16 juta kepada RM300 juta setahun.

Jelas Anwar, semangat pemberian khas itu melihat kepada kedudukan Sabah dan Sarawak yang mundur ketika pembentukan Malaysia, 60 tahun lalu.

Beliau berkata, ketika itu, pimpinan memutuskan harus ada peruntukan, namun, sejak bertahun-tahun Sarawak hanya diberi RM16 juta.

“Sebagai Menteri Kewangan, saya sedar jumlah yang diperuntukan itu tidak munasabah dan pada peringkat awal ini, kita naikkan RM300 juta sebagai satu sumbangan, tetapi tertakluk kepada formula, tidak terikat pada RM300 juta itu sahaja kerana kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan,” kata Anwar.

Malah dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysa 1963 (MA63) baru-baru ini, Fadillah berkata, Sabah dan Sarawak akan menerima pemberian khas sebanyak RM300 juta daripada Kerajaan Persekutuan pada tahun ini.

Dalam pada itu, kata Fadillah yang juga Pengerusi Jawatankuasa MA63, ini menyaksikan peningkatan sebanyak RM40 juta kepada Sabah berbanding jumlah RM260 juta yang diumumkan oleh Putrajaya pada Januari lepas yang akan dibayar secepat mungkin,

Justeru, Fadillah memberi jaminan Sarawak akan menerima jumlah yang dipersetujui dan akan diperuntukkan dalam pembentangan Belanjawan 2024.

“Sepatutnya memang ada sebab perkara itu dipersetujui. Ia sudah tentu akan diperuntukkan dalam belanjawan yang akan datang.

“Malah ia tidak lagi perlu diasingkan daripada jumlah peruntukan yang sepatutnya diterima,” tegasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya