Anwar muncul pemimpin asing pertama berkhutbah

Anwar muncul pemimpin asing pertama berkhutbah di Pusat Kebudayaan Islam New York

TANGKAP layar memaparkan Anwar Ibrahim menyampaikan khutbah Jumaat di Pusat Kebudayaan Islam New York (ICCNY), New York, Amerika Syarikat yang turut disiarkan secara langsung dalam Facebook Perdana Menteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul sebagai  pemimpin asing pertama diberi penghormatan menyampaikan khutbah Jumaat di Pusat Kebudayaan Islam New York (ICCNY), New York, Amerika Syarikat, hari ini.

Perdana Menteri berada di New York untuk menyertai Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78, dan kehadirannya menjadi detik bersejarah bagi pusat itu,  yang merupakan masjid pertama dibuka di bandar raya berkenaan pada 25 September 1995.

Khutbat Jumaat yang disampaikan beliau di hadapan lebih 800 jemaah turut disiarkan secara langsung dalam Facebook rasminya.

Dalam khutbahnya, Perdana Menteri berkongsi pengalaman Malaysia dalam menguruskan masyarakat berbilang kaum dan agama yang menjadi faktor penting untuk hidup dengan aman serta harmoni.

Katanya, Malaysia sentiasa cuba menggalakkan persefahaman, toleransi dan keperluan untuk memahami budaya dan agama orang lain.

Beliau turut mengambil kesempatan  menjelaskan konsep ‘Malaysia Madani’ yang diperkenalkan dalam pentadbiran kerajaannya  serta ancaman Islamofobia di seluruh dunia. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya