Anwar jamin pembaharuan persekitaran perniagaan buat pelabur

Anwar jamin pembaharuan persekitaran perniagaan buat pelabur global

ANWAR Ibrahim ketika menyampaikan ucap tama “Regaining Malaysia’s Lead in Asia” (Mengembalikan Penerajuan Malaysia di Asia) pada acara Invest Malaysia New York anjuran Bursa Malaysia di Amerika Syarikat, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri memberi jaminan kepada pelabur global yang berhasrat memasuki Malaysia bahawa negara ini sedang melaksanakan pembaharuan sewajarnya serta mewujudkan persekitaran perniagaan lebih baik untuk mereka.

Malah, memetik laporan Bernama dari New York, Amerika Syarikat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan pimpinannya sedang berusaha sedaya upaya untuk membetulkan kesilapan lampau yang menyebabkan kemajuan serta pembangunan sosioekonomi Malaysia terjejas selepas meraih kemajuan berdekad-dekad lamanya.

“Tanpa mengendahkan tahun-tahun pandemik Covid-19, dua dekad sebelum dan selepas 1998 menyaksikan penurunan ketara dalam purata pertumbuhan ekonomi kita,” kata beliau ketika menyampaikan ucap tama “Regaining Malaysia’s Lead in Asia” (Mengembalikan Penerajuan Malaysia di Asia) pada acara Invest Malaysia New York anjuran Bursa Malaysia di New York, semalam.

Turut hadir ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) Datuk Seri Nazri Aziz, Pengerusi Bursa Malaysia Bhd Tan Sri Abdul Wahid Omar dan Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Abdul Rasheed Ghaffour.

Mengulas selanjutnya, Perdana Menteri berkata sejak beberapa tahun lepas, angka pelaburan susut berbanding peratusan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) manakala sumber ekonomi baharu yang mampu memacu pertumbuhan pula tidak ketara ketika ekonomi terus menumpukan aktiviti domestik tanpa memanfaatkan sepenuhnya peluang di pasaran global.

Sehubungan itu, selepas memegang jawatan sebagai Perdana Menteri pada November 2022, Anwar berkata, apa yang jelas adalah pentadbiran beliau tiada pilihan kecuali bertindak melakukan penstrukturan semula terhadap Malaysia.

“Keutamaan saya adalah tiga perkara…memperkukuh tadbir urus negara, menstruktur semula ekonomi dan membuka jalan bagi masa depan kita,” kata beliau yang pernah menyandang jawatan sebagai Menteri Kewangan pada 1991 hingga 1998.

Jelas Perdana Menteri, transformasi yang diperlukan oleh Malaysia telah digariskan dalam Ekonomi MADANI : Memperkasa Rakyat, satu rangka kerja mantap yang secara sistematik menangani kekurangan struktur secara sistematik dalam dasar fiskal kerajaan dan pemacu hasil, ekosistem ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat negara ini.

“Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) yang akan dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini, menggariskan prinsip dan peraturan fiskal bagi meningkatkan akauntabiliti dan ketelusan dalam pengurusan fiskal,” kata beliau.

Ini, kata Perdana Menteri, akan dilengkapkan lagi dengan rangka kerja fiskal lain seperti Rangka Kerja Fiskal Jangka Sederhana (MTFF) dan Strategi Hasil Jangka Sederhana (MTRS).

Selain itu, beliau turut menekankan kepentingan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan Malaysia serta Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dalam memajukan ekonomi negara serta memanfaatkan bidang pertumbuhan baharu.

Bertitik tolak daripada perkembangan itu, Anwar berkata sejak beberapa bulan lepas, Malaysia telah menyaksikan impak awal daripada komitmen kerajaan untuk menyampaikan perubahan kepada ekonomi dan rakyatnya.

Beliau turut merujuk syarikat semikonduktor global berpangkalan di Jerman, Infineon Technologies yang telah bersetuju untuk membuat pelaburan tambahan €5 bilion (US$5.4 bilion) dalam tempoh lima tahun akan datang membabitkan pembinaan kilang fabrikasi kuasa silikon karbida 200mm terbesar dunia di Malaysia.

“Sudah pastinya, (kehadiran syarikat) Tesla. Biarpun terdapat usaha sengit oleh negara serantau lainnya, kita agak pantas dalam mendapatkan Tesla dan berserta dengan SpaceX,” kata beliau.

Anwar berkata syarikat-syarikat seperti Tesla, Amazon dan Infineon adalah antara peneraju industri global yang baru-baru ini bertindak menjadi sebahagian daripada perubahan tersebut serta meletakkan kepercayaan mereka terhadap Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya