Aktiviti berakit meriahkan Hari Malaysia

Aktiviti berakit meriahkan Hari Malaysia

PARA peserta acara berakit di Sungai Perak sempena sambutan Hari Malaysia di Kuala Kangsar, semalam. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Hari Malaysia di sini semalam disambut dengan cara tersendiri menggabungkan keunikan muka bumi dan budaya lama apabila seramai 145 peserta mengadakan aktiviti berakit di Sungai Perak.

Peserta yang terdiri daripada pentadbir, penjawat awam serta masyarakat tempatan berakit sepanjang 9.4 kilometer bermula dari jeti nelayan Kampung Chegar Galah sehingga ke Jambatan Victoria.

Program itu antara lain diadakan bertujuan mempromosi Kuala Kangsar sebagai destinasi pelancongan.

Pegawai Daerah Kuala Kangsar, Zulhisham Ahmad Shukori berkata, aktiviti berakit itu adalah satu cara bagi menghargai keindahan Sungai Perak di Kuala Kangsar.

“Tahun lepas, kami telah pun mengadakan program sebegini juga dengan menaiki bot dan sebelum itu kayak. Berakit ini sudah lama tidak dilaksanakan. Ini merupakan satu budaya masyarakat kita dahulu kala bagi mereka meraikan sesuatu dengan berakit.

“Aktiviti ini juga sebagai menghargai keindahan sungai kita,” katanya kepada pemberita.

Aktiviti bermula seawal 7 pagi dan tamat pukul 11.30 pagi yang turut disaksikan oleh ramai penduduk setempat terutama yang tinggal bersebelahan Sungai Perak. 

Turut serta dalam program itu ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Sakduddin Zamli serta kakitangan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di Kuala Kangsar.

Dalam pada itu, Sakduddin Zamli berkata, aktiviti sungai yang digabungkan dengan pusat tarikan tempatan yang lain akan dijadikan satu daripada usaha menggiatkan aktiviti pelancongan di Kuala Kangsar.

Malah, katanya, perkhidmatan pelayaran sungai juga akan dikembangkan sebagai satu daripada rancangan tersebut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya