Agong tiba di Tawau mulakan Kembara Kenali Borneo

Agong tiba di Tawau mulakan Kembara Kenali Borneo

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di Lapangan Terbang Tawau petang tadi-IHSAN JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kembara Kenali Borneo yang akan menyaksikan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menelusuri Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak akan bermula secara rasmi esok.

Yang di-Pertuan Agong dan isteri, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di Lapangan Terbang Tawau pada pukul 1.50 petang tadi.

Keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong disambut oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan isteri, Datin Seri Ruziah Mohd. Tahir; serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag.

Hadir sama adalah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya dan juga Timbalan Ketua Menteri, Datuk Shahelmey Yahya.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dijadualkan akan menghadiri majlis makan malam di Tawau malam nanti sempena program kembara tersebut.

Majlis pelepasan peserta Kembara Kenali Borneo akan diadakan pada pukul 8 pagi esok di 0.0KM Point Tawau.

Program Kembara Kenali Borneo akan berlangsung pada 3 hingga 13 September bermula di Tawau dan berakhir di Teluk Melano, Kuching Sarawak.

Di Sabah, Kembara Kenali Borneo Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong itu akan bermula di Tawau kemudian menuju ke Lahad Datu, Sandakan, Telupid, Ranau, Kundasang , Kota Kinabalu, Penampang dan berakhir di Sipitang sebelum rombongan meneruskan perjalanan ke Brunei Darussalam.

Antara lokasi yang akan dilawati Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong dan rombongan adalah Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Sandakan; Institut Perhutanan Sabah di Telupid; Pentas Budaya Kundasang, Kompleks Mahkamah Syariah Kota Kinabalu, Kampung Budaya Koisaan, KDCA Penampang.

Sepanjang lima hari program Kembara Kenali Borneo itu diadakan, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan menghadiri turut majlis santapan pagi dan tengah hari bersama rakyat di beberapa lokasi yang dikunjungi.

Di Sabah, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Shahelmey Yahya bertanggungjawab sebagai menteri pengiring bagi program berkenaan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya