Adam Rosly serah pada polis siasat dakwaan dera amah - Utusan Malaysia

Adam Rosly serah pada polis siasat dakwaan dera amah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah menyerahkan kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan terhadap dakwaan kes dera membabitkan pembantu rumah warga Indonesia yang dilaporkan di portal berita.

Beliau berkata, tuduhan dibuat pembantu rumahnya disifatkan berniat jahat selain memfitnah dicederakan dengan kejam serta dilayan teruk sepanjang bekerja dengannya.

Malah, beliau yakin ada pihak yang sengaja membesarkan isu ini yang bagi memburukkan maruah , keluarga dan masa depan dirinya.

“Saya dan keluarga dipanggil oleh pihak polis untuk memberikan keterangan-keterangan dan bukti-bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta bagi menyangkal fitnah jahat ini .

“Kerjasama baik kami berikan berserta bukti-bukti penjagaan kesihatan yang kami lakukan kepada bekas pembantu rumah itu selain membuktikan kami sentiasa menjaga semua pembantu rumah dengan baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, semua bukti-bukti sudah diberikan kepada pihak polis bagi melengkapkan siasatan.

“Saya menyangkal dengan keras bahawa tuduhan ini bersifat jahat.

“Pihak saya dan keluarga tidak sesekali akan biarkan fitnah jahat ini dibiarkan dan kami serahkan kepada kebijaksanaan pihak polis untuk menyiasat,” ujarnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN