90.72 peratus pegawai polis tunai tanggungjawab undi awal

PRK: Sebanyak 90.72 peratus pegawai polis tunai tanggungjawab undi awal

Anggota polis menunggu giliran untuk mengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai di Pasukan Polis Marin Wilayah 2, Johor Bahru semalam. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 841 pegawai dan anggota polis dari tiga Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) dan sebuah pasukan formasi Polis Diraja Malaysia (PRDM), iaitu Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menunaikan tanggungjawab mengundi awal pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, semalam.

Berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah yang keluar mengundi awal sebanyak 90.72 peratus.

Bagi pusat mengundi awal di Balai Polis Kempas, di sini yang membabitkan satu saluran, seramai 43 daripada 46 yang layak hadir menunai tanggungjawab mereka hingga pusat itu ditutup pukul 12 tengah hari.

“Bagi pusat pengundian awal di Markas PPM Wilayah Dua, seramai 798 daripada 881 yang layak telah hadir untuk me­ngundi hingga pusat itu ditutup pada pukul 5 petang.

“Ia membabitkan 391 daripada 440 orang di saluran satu dan 407 daripada 441 di saluran dua, menjadikan jumlah yang hadir mengundi awal ialah seramai 841 daripada 927 pengundi, bersamaan 90.72 peratus,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat meninjau keadaan di pusat pengundian awal itu.

Proses pengundian awal bermula pukul 8 pagi itu lancar.

Seramai 269 pegawai dan anggota polis diatur gerak bagi penugasan menjaga dan memastikan kelancaran proses pengundian awal tersebut.

PRK Parlimen Pulai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kayat dengan calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar dan calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi.

Ia diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya