196 spesies burung direkodkan di hutan simpan Perlis - Utusan Malaysia

196 spesies burung direkodkan di hutan simpan Perlis

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail sewaktu sesi mengadap oleh Pengarah Perhutanan negeri, Ag. Shaffie Ag. Ahmadni di Galeri Diraja Arau, Perlis semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Jabatan Perhutanan negeri dengan kerjasama Persatuan Kelestarian Ekosistem Alam (NEST) telah menerbitkan sebuah buku bertajuk ‘Birds of Perlis State Park@Wang Kelian, Perlis’ sempena sambutan hari ulang tahun keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail ke-80 pada tahun ini.

Sebanyak 196 spesies burung telah direkodkan dalam inventori burung di lima kawasan hutan simpan kekal di sekitar Perlis iaitu hutan simpan Mata Ayer, Wang Mu, Bukit Bintang, Kurong Batang dan Bukit Papan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 169 spesies burung direkodkan di kawasan Taman Negeri Perlis, Wang Kelian di sini yang dimasukkan dalam buku tersebut.

Inventori burung tersebut penting untuk mengetahui status semasa maklumat kepelbagaian biologi di Taman Negeri Perlis dan sekali gus menjadi data asas yang berguna sebagai rujukan semasa dan masa hadapan.

Maklumat inventori ini penting sebagai persediaan kepada Jabatan Perhutanan negeri untuk menjadikan pemerhatian burung sebagai produk pelancongan baharu bagi Perlis yang dikenali sebagai ‘Avitourism’.

Kesemua maklumat tersebut telah dipersembahmaklumkan kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sewaktu sesi mengadap oleh Pengarah Perhutanan negeri, Ag. Shaffie Ag. Ahmadni di Galeri Diraja Arau di sini, semalam.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin menzahirkan agar penerbitan buku-buku ini selain bagi memantapkan lagi rekod yang ada, ianya juga dapat terus mewar-warkan lagi mengenai Taman Negeri di Wang Kelian sebagai habitat terbaik bagi burung-burung ini.

“Ia juga sebagai salah satu kempen Tahun Melawat Perlis 2024/2025 dan pada masa sama dapat meningkatkan lagi kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan hutan batu kapur di sini yang unik supaya dapat dimanfaatkan oleh penduduk setempat dan juga para pengunjung secara lestari,” titah baginda.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya