130,000 rawatan diberi, Skim Perubatan Madani diperluas seluruh negara

130,000 rawatan diberi, Skim Perubatan Madani diperluas seluruh negara

SKIM Perubatan Madani memudahkan golongan berpendapatan rendah mendapat rawatan di klinik swasta.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lebih daripada 130,000 rawatan pesakit luar diberikan melalui lebih 1,300 klinik swasta yang terlibat sejak Skim Perubatan Madani diperkenalkan tiga bulan lalu.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, skim berkenaan diperluaskan ke seluruh negara mulai 15 September lalu berbanding negeri-negeri terpilih sebelum ini demi meningkatkan akses kepada penjagaan rawatan pesakit luar ringan bagi golongan berpendapatan rendah.

Menurut beliau, golongan B40 yang merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di seluruh negara boleh mendapatkan rawatan pesakit luar ringan secara percuma di klinik swasta berdaftar tanpa perlu membayar sebarang caj.

“Kos rawatan ini akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan dan dibayar secara langsung kepada klinik swasta.

“Sejak pelancarannya pada 15 Jun lalu, KKM menerima dan mempertimbangkan input dan cadangan daripada pelbagai pihak berhubung skim ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaliha berkata, KKM akan melaksanakan beberapa penambahbaikan kepada skim berkenaan antaranya peningkatan had fi konsultasi daripada RM30 kepada RM35 dan jumlah had fi konsultasi dan ubat ditingkatkan daripada RM60 ke RM70

Katanya, bilangan jenis ubat yang disenaraikan dalam pakej skim ini akan ditingkatkan daripada 150 kepada 170 jenis dan kadar bayaran yang ditetapkan untuk ubat-ubatan akan disemak kembali agar selaras dengan harga pasaran semasa.

“Penerima STR boleh menyemak kelayakan dan mengenal pasti klinik berdekatan yang terlibat melalui laman sesawang ProtectHealth htpps://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani-ms/ .

“Mereka hanya perlu membawa kad pengenalan untuk pengesahan di klinik semasa pendaftaran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya