100,000 veteran ATM tak berpencen digesa daftar persatuan

100,000 veteran ATM tak berpencen digesa daftar persatuan

ADLY Zahari beramah mesra dengan veteran ATM pada Program Bual Bicara Pemimpin Bersama Veteran ATM di Pejabat PVATM, Muar, Johor. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Kira-kira 100,000 bekas tentera yang berhenti tanpa pencen digesa mendaftarkan diri dengan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) di kawasan masing-masing bagi memudahkan urusan kebajikan dan pentadbiran dilaksanakan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, ini bagi melibatkan mereka dalam kerjaya kedua selepas berhenti daripada perkhidmatan seperti dirancang Kementerian Pertahanan.

Katanya, pendaftaran juga bakal memudahkan setiap persatuan veteran mengemas kini data berkaitan agar semua aspek kebajikan yang disediakan JHEV dapat disalurkan khususnya veteran warga emas atau penghidap penyakit kronik.

“Kerjaya kedua yang disediakan kepada veteran sama ada berpencen terbahagi kepada dua iaitu usahawan bermajikan dan usahawan perniagaan.

“Bagi usahawan bermajikan, antara syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) yang terlibat dalam pakej ini adalah renjer hutan, Petronas dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Bagaimanapun, usahawan perniagaan merupakan pilihan terbanyak kepada veteran kerana kecenderungan kumpulan ini untuk tidak lagi terlibat dalam kerjaya bermajikan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Veteran ATM di Pejabat PVATM Muar di sini, hari ini.

ADLY ZAHARI

Turut hadir Pengerusi PVATM, Kapten Datuk Sharuddin Omar (Bersara) dan Ketua PVATM Muar, Samsudin Rais.

Tambah Adly, semua perkara berkaitan kebajikan veteran sentiasa dalam perhatian Kementerian Pertahanan sama ada daripada sudut kesihatan, kebajikan atau perumahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN