BENTONG: Isu perumahan, tiada peluang ekonomi dan aspek kemudahan mendorong 1.6 juta daripada 2.1 juta generasi baharu Felda berhijrah meninggalkan tanah rancangan tersebut. Situasi tersebut menyebabkan Felda terpaksa mencari tenaga kerja asing bagi menguruskan ladang kerana ketiadaan anak-anak muda bagi mengusahakan kelapa sawit dan getah. Pada masa ini terdapat kira-kira 440,000 generasi baharu yang masih menetap dan bekerja di ladang walaupun masalah tersebut menghimpit warga Felda itu sejak sekian lama…










