KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md. Noor dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional di bawah kepimpinan baharu penggal ini yang diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. Pelantikan yang diumumkan selepas mesyuarat Exco pertama kerajaan negeri di Wisma Darul Iman semalam sekali gus menafikan dakwaan hal ehwal kebajikan golongan wanita di negeri ini diabaikan berikutan tiada wanita dilantik sebagai…










