Warga emas maut di kebun akibat dihempap pokok

Warga emas maut di kebun akibat dihempap pokok

MANGSA yang dihempap pokok di kebun Pantu Mail, Kanowit, Sarawak diperiksa oleh anggota bomba dan polis petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANOWIT: Seorang lelaki warga emas maut dihempap pokok ketika melakukan kerja memotong pokok di sebuah kebun Pantu Mali, Jalan Lukut Penyulau di sini petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak mengesahkan kejadian apabila Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit menerima laporan kes tersebut pada tengah hari tadi.

“Sepasukan tujuh anggota dari BBP Kanowit telah digerakkan ke lokasi kejadian apabila menerima panggilan berhubung insiden terbabit.

“Setibanya di lokasi kejadian pihak bomba mendapati seorang mangsa tidak sedarkan diri dipercayai telah dihempap sebatang pokok ketika kerja-kerja memotong pokok,” jelasnya.

Tambahnya lagi, mangsa telah dipindahkan orang awam ke satu kawasan yang lapang berdekatan kebun tersebut sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

“Anggota bomba kemudiannya telah menghubungi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mangsa telah disahkan meninggal di tempat kejadian,” ujarnya.

Mangsa yang dikenali sebagai Wong Sieh Ming, 59, kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya