Wanita maut selepas kereta dipandu terbabas

Wanita maut selepas kereta dipandu terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 17.4 Lebuhraya Persekutuan di sini, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasa pada 3.38 pagi berhubung kejadian itu. 

Katanya. sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dikerah ke lokasi kejadian.

“Pasukan penyelamat tiba di lokasi pada 3.52 pagi dan mendapati kemalangan membabitkan sebuah Perodua Myvi yang dipercayai hilang kawalan dan terbabas melanggar bahu jalan.

“Seorang wanita tempatan berusia 28 tahun tersepit dan tidak sedarkan diri berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, menurutnya, mangsa disahkan maut oleh petugas kesihatan.

Tambahnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.– UTUSAN

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN