UMNO perlu ‘selesaikan’ punca kekalahan di PRN

UMNO perlu ‘selesaikan’ punca kekalahan di PRN

- Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Kekalahan teruk UMNO di bawah Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini jelas menunjukkan pengundi pada awalnya sudah menolak gabungan parti itu bersama dengan Pakatan Harapan (PH).

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Mohd. Affifi Mohd Aris berkata, formula yang diyakini melalui penggabungan tersebut bahawa PH akan menguasai negeri pantai barat manakala UMNO (BN) akan menguasai negeri di pantai timur hanyalah sia-sia.

Kata beliau, DAP yang bertanding di 47 DUN dan memenangi 46 kerusi membuktikan parti tersebut semakin kukuh berbanding dengan UMNO (BN).

“Saya tertanya-tanya, adakah DAP tidak akan mempersoal Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa UMNO menjadi liabiliti kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ke-10 (PMX).

“Atau lialibiti ini hanya melibatkan individu sahaja di dalam UMNO yang menyebabkan  Perdana Menteri terpaksa membuat pilihan baharu pada masa akan datang demi memastikan rakyat kembali yakin kepada beliau,” katanya.

Jelasnya, kekalahan teruk BN dalam PRN15 merupakan keputusan terburuk dan memalukan dalam sejarah politik Malaysia, bagi sebuah parti tertua berusia 77 tahun.

Keputusan undi  PRN15 pada Sabtu lalu menunjukkan Barisan Nasional tewas di 89 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Hanya 19 kerusi sahaja dimenangi daripada 108  DUN yang dipertandingkan oleh UMNO dan 18 peratus daripada kemenangan tersebut adalah merupakan sumbangan daripada UMNO Negeri Sembilan sebanyak 14 kerusi.

Sehubungan itu, beliau berkata, UMNO perlu bertanggungjawab sepenuhnya dan mesti mengadakan penelitian yang menyeluruh.

“Ini adalah tanggungjawab UMNO sepenuhnya untuk kembali bangkit dan kembali menjadi dominasi seperti dahulu yang pernah dilabel sebagai parti politik paling lama berkhidmat dalam dunia demokratik,” tegasnya.

Justeru, beliau menyarankan agar UMNO mahupun BN boleh mengambil iktibar daripada Partai Golongan Karya (Golkar) dan Kongres Kebangsaan India (INC) yang mendominasi politik ketika dahulu.

Dalam masa yang sama, beliau meluah rasa kagum  terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebelum ini  mengambil tanggungjawab penuh ketika UMNO tidak lagi menjadi kerajaan selepas PRU14.

Beliau menyifatkan perjuangan Najib dalam mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO berjaya membuatkan parti itu menjadi sebahagian daripada kerajaan pada tahun 2020 dan memimpin pada tahun 2021. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN