TPM Fadillah, Ahmad Zahid zahir takziah nahas Elmina

TPM Fadillah, Ahmad Zahid zahir takziah nahas Elmina

ANGGOTA polis forensik memeriksa lokasi tragedi pesawat yang hangus terbakar selepas terhempas dan menghentam sebuah motosikal di Elmina, Seksyen U16 Shah Alam, Selangor,semalam. -UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat di Elmina, semalam. 

Fadillah berkata, beliau mendoakan semoga keluarga mangsa bersabar dan tabah menerima ujian yang berat tersebut. 

“Salam takziah buat  keluarga buat kesemua 10 mangsa tragedi nahas pesawat yang berlaku di Elmina, Shah Alam petang tadi (semalam). 

“Moga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mangsa serta menempatkan mereka dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh,” katanya dalam hantaran di Facebook, malam tadi. 

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut berdukacita dengan perkhabaran pemergian Exco Kerajaan Negeri Pahang, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai serta kru dan penumpang pesawat yang terhempas. 

“Semoga Allah SWT menempatkan roh mereka dalam kalangan hambaNya yang beriman serta dikurniakan kesabaran kepada ahli keluarga mereka,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya