Tiga babak sensitif dibuang dari filem Onpaku - Utusan Malaysia

Tiga babak sensitif dibuang dari filem Onpaku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiga babak sensitif yang terkandung dalam filem seram Hong Kong, Onpaku telah dipotong bagi membolehkan filem tersebut dipertontonkan di negara ini.

Wakil pengedar filem tersebut, Bjarne Wong berkata babak-babak tersebut telah disemak dan dibincangkan dengan pengarah, Shugo Fujii sebelum pemotongan dan suntingan dilakukan.

“Saya sedia maklum tentang garis panduan penapisan filem di Malaysia. Jadi saya putuskan lebih awal babak mana yang perlu dipotong sebelum filem ini diserahkan kepada Lembaga Penapis Filem (LPF) untuk semakan pihak mereka.

“Antara babak yang dipotong adalah ketika watak utama, Sarah dirogol. Selain itu, babak seorang nenek menghisap dada seorang wanita untuk ritual pemujaan juga dibuang.

“Kesemua Babak yang dilepaskan dalam filem ini adalah hasil keputusan antara saya dan pengarah agar ia tidak menyentuh sensitiviti masyarakat kita,” katanya.

Onpaku mengisahkan kunjungan seorang wanita ke Jepun untuk membuat pelaburan hartanah sekaligus melakukan percutian singkat selepas berpisah dengan teman lelakinya.

Namun lawatannya ke negara itu bertukar ngeri selepas satu per satu kejadian aneh menimpa Sarah ketika dia tinggal di sebuah rumah misteri.

Dalam masa yang sama, Bjarne meluahkan rasa lega kerana filem berkenaan lulus tayangan di Malaysia tanpa proses yang rumit.

“Tidak banyak (babak) yang dipotong. Prosesnya memudahkan kami untuk memilih sendiri babak yang dirasakan tidak sesuai tontonan umum.

“Pemotongan babak-babak ini tidak mencacatkan jalan cerita. Bahkan, pengarah juga tidak ada masalah dengannya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Bjarne turut memaklumkan puhaknya telah menyediakan trailer dan poster yang berlainan dengan negara lain untuk disesuaikan dengan garis panduan pengedaran di Malaysia.

Onpaku dibintangi barisan pelakon berpengalaman seperti Josie Ho, Kayuza Takahashi, Lawrence Chou dan ramai lagi.

Filem ini bakal menjengah pawagam seluruh negara bermula 31 Ogos depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN