Tidak rasmi: Azmin Ali kekal menang di DUN Hulu Kelang 

Tidak rasmi: Azmin Ali kekal menang di DUN Hulu Kelang 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Keputusan tidak rasmi sehingga kini masih menyaksikan Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului dengan majoriti undi sebanyak 1,940 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang.

Mohamed Azmin yang juga bekas Menteri Besar Selangor itu memperoleh undi sebanyak 19,675 meninggalkan pesaingnya Juwairiya Zulkifli daripada Pakatan Harapan (PH) yang mendapat undi sebanyak 17,735.

Untuk rekod, Mohamed Azmin sebelum ini merupakan penyandang bagi kerusi DUN Bukit Antarabangsa, manakala Juwairiya pula penyandang kerusi DUN Bukit Melawati.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN