Tidak rasmi: Amirudin menang di Sungai Tua, peti undi hampir

Tidak rasmi: Amirudin menang di Sungai Tua, peti undi hampir lengkap 

Morib
AMIRUDIN Shari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Enam lagi peti undi belum tiba di pusat penjumlahan rasmi undi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Sungai Tua yang ditandingi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. 

Bagaimanapun, ketika ini, sebanyak 80 daripada 86 peti undi tiba di pusat penjumlahan undi dan keputusan rasmi pilihan raya bagi kawasan itu akan diumum pegawai pengurus pilihan raya tidak lama ini. 

Pun begitu, keputusan tidak rasmi menunjukkan Amirudin yang merupakan calon Pakatan Harapan (PH) menang dengan undi majoriti 5,720. 

Setakat pukul 9.50 yang direkodkan, beliau mendapat undian sebanyak 18,584 mendahului calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Hanif Jamaluddin (12,864) dan calon Bebas, G. Suman (423). -UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN