Tidak lagi wajib pakai pelitup muka di masjid, surau di Perlis - Utusan Malaysia

Tidak lagi wajib pakai pelitup muka di masjid, surau di Perlis

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Pemakaian pelitup muka di masjid dan surau seluruh negeri ini tidak lagi diwajibkan berkuat kuasa serta merta.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, bagaimanapun, pemakaian pelitup muka tersebut masih digalakkan bagi mereka yang bergejala dan mengalami risiko dijangkiti Covid-19.

“Arahan tersebut selaras dengan perkembangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkaitan pandemik Covid-19 yang semakin mereda tahun ini.

“Ia juga selari dengan penurunan kes dan kadar vaksinasi serta pengumuman kelonggaran SOP pemakaian pelitup muka yang diumumkan Kementerian Kesihatan berkuat kuasa 5 Julai 2023,” titah baginda menerusi kenyataan hari ini.

Menerusi kenyataan itu, baginda turut menyampaikan titah penghargaan daripada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid kepada seluruh rakyat kerana sentiasa memberikan kerjasama kepada Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta agensi-agensi bersamanya dalam membantu mengekang penularan wabak Covid-19 di negeri ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya