Tidak boleh jual lebih RM35 benih padi sah kepada pesawah

Tidak boleh jual lebih RM35 benih padi sah kepada pesawah

PENGELUAR atau pemborong hendaklah memastikan penjualan benih padi sah tidak melebihi daripada kuota yang diberikan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menegaskan, penjualan benih padi sah pada peringkat runcit kepada pesawah tidak boleh dijual melebihi harga maksimum iaitu RM35 per kampit 20 kilogram (kg).

Dalam satu kenyataan, kementerian itu memaklumkan, pengeluar atau pemborong hendaklah memastikan penjualan benih padi sah tidak melebihi daripada kuota yang diberikan.

Menurutnya, harga yang dijual kepada peruncit tidak melebihi harga maksimum ditetapkan iaitu RM31 per kampit 20 kg jualan benih di pintu kilang, manakala harga maksimum RM32 per kampit 20 kg termasuk pengangkutan.

“Bagi jualan benih padi sah pada peringkat runcit kepada pesawah hendaklah dijual tidak melebihi harga maksimum iaitu RM35 per kampit 20kg.

“Kegagalan untuk melaksanakan arahan ini dan mematuhi Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522], Kementerian melalui kuasa Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras berhak untuk membatalkan atau menggantung setiap lesen yang dikeluarkan,” katanya hari ini.

KPKM memandang serius isu-isu berbangkit mengenai harga dan juga bekalan benih padi sah di dalam pasaran.

Jelasnya, bekalan benih padi sah hanya dikeluarkan oleh pengeluar benih padi sah dilantik kerajaan yang mempunyai mekanisma kawalan ke atas pengeluaran dan pemasaran benih padi sah.

“Ia sepertimana termaktub di dalam Perintah Tetap Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras Bilangan 1/2021: Kawalan Kerajaan Ke Atas Pengeluaran Dan Pemasaran Benih berkuat kuasa 11 November 2021,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya