Kejayaan Perikatan Nasional (PN) menyapu bersih kesemua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dalam pilihan raya negeri (PRN) bukan sesuatu yang ‘sihat’ kerana tidak berlaku proses semak dan imbang yang efektif khususnya dalam persidangan DUN kelak. Tiadanya barisan blok pembangkang selepas dimonopoli sebuah parti dibimbangi menyebabkan tiada teguran dan nasihat yang positif diberikan andai berlaku sesuatu kepincangan dalam pentadbiran kerajaan negeri dalam penggal ini. Malah, perjalanan persidangan DUN di…