CYBERJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berhasrat menguatkuasakan undang-undang pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) ke atas setiap premis taska yang berdaftar bagi menangani kes penderaan kanak-kanak. Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihaknya akan berbincang mengenai perkara tersebut bersama jabatan dan agensi berkaitan termasuk meneliti pelbagai aspek terutamanya berkaitan kos pemasangan. “Kita beri arahan (pemasangan CCTV), tetapi belum ada dalam penguatkuasaan undang-undang (untuk mewajibkan), kita hanya boleh…










