Tak sempat lari pemandu Honda langgar Axia dipukul - Utusan Malaysia

Tak sempat lari pemandu Honda langgar Axia dipukul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Cubaan seorang pemandu lari selepas sebuah Honda Accord dipandunya melanggar Perodua Axia dekat Persiaran Anggerik Mokara, Kota Kemuning di sini pada Isnin lalu menyebabkan dia dipukul sekumpulan lima lelaki di tempat kejadian.

Bagaimanapun, salah seorang daripada mereka ditahan selepas polis menerima makluman daripada orang awam yang melihat mangsa dipukul di tepi jalan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kejadian berlaku apabila lelaki tempatan berusia 43 tahun itu dipercayai melanggar kereta suspek ketika berada di Persiaran Eco Sanctuary, Telok Panglima Garang sebelum melarikan diri.

“Hasil siasatan awal Pihak Polis mendapati punca utama kejadian adalah kerana suspek tidak berpuas hati selepas mangsa melanggar keretanya ketika berada di Persiaran Eco Santuary, Telok Panglima Garang dan melarikan diri daripadanya,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, bagaimanapun polis sedang mengesan empat lagi suspek yang melarikan diri ketika pihak berkuasa itu sampai di tempat kejadian.

Sementara mangsa pula mengalami kecederaan di bahagian mata kiri, pipi, leher, dada dan telinga kemudian dibawa ke sebuah hospital di Subang untuk rawatan lanjut.

“Mangsa kini di tahan di Wad untuk beberapa hari bagi prosedur rawatan lanjut dan berada dalam keadaan stabil,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mohd. Iqbal memaklumkan ketika tangkapan terhadap suspek, polis turut menemukan sebilah parang di dalam kereta yang dinaikinya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 147/279 Kanun Keseksaan. Suspek direman selama empat hari untuk membantu siasatan. Individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohamad Zulkifli Mohamad ditalian 03-55202222,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya