Syamsul Yusof tunai janji, telatah hari sukan anak curi tumpuan

Syamsul Yusof tunai janji, telatah hari sukan anak curi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Video yang dimuat naik pengarah, Syamsul Yusof semasa menghadiri hari sukan sekolah kedua-dua anaknya mencuri perhatian ramai.

Menerusi hantaran dalam Instagram berdurasi kurang seminit itu memaparkan Syamsul memberi sokongan dan mendukung mesra kedua-dua anaknya dengan kapsyen ringkas ‘hari sukan Syaikhul dan Sumayyah’.

Menyemak ruangan komen, ramai yang turut tumpang bahagia melihat kemesraan Syamsul dan anaknya walaupun selepas bercerai dengan bekas isterinya, Puteri Sarah Liyana pada 14 Jun lalu.

Sebelum ini, Syamsul sudah berjanji untuk menjadi bapa yang baik dan menghadiri mana-mana acara dan majlis berkenaan anaknya.

Jun lalu, Puteri Sarah turut menegaskan Syamsul wajib menghadiri mana-mana majlis kedua-dua belah keluarga seperti mengambil kad laporan anak, hari sukan, dan sambutan hari jadi.

Syamsul Yusof sah bercerai talak satu dengan isterinya, Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah pada Jun lalu.

Mahkamah Rendah Syariah turut dimaklumkan tiada ruang untuk Syamsul dan Puteri Sarah berdamai dalam kemelut rumah tangga mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN