SOP berkaitan REE berita baik, boleh elak kecurian - Sanusi

SOP berkaitan REE berita baik, boleh elak kecurian – Sanusi

MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan negeri berpendapat garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan unsur nadir bumi (REE) yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat mampu mengelak kegiatan kecurian mineral itu daripada terus berlaku.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, langkah itu juga bertepatan kerana sudah sampai masanya kerajaan negeri diberi ruang untuk meneroka REE sebagai hasil pendapatan baharu.

Beliau berkata, tidak hanya di Kedah tetapi sumber mineral tersebut turut ditemukan di beberapa negeri lain yang juga akan memanfaatkan pelbagai pihak.

“Saya lega kalau dah ada SOP kita boleh mulakan (perlombongan). Kita duk tunggu itu saja selama ini sampai orang curi (REE). Kita akan ikut SOP itu.

“Harap-harap tak ada kecurian (REE) lagi (bila) sudah ada SOP. Kerajaan-kerajaan negeri dah boleh buat kelulusan berdasarkan SOP itu, jadi kecurian akan dapat diatasi,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat exco, hari ini.

Kelmarin, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, jawatankuasa berkaitan mineral yang dipengerusikannya di bawah Majlis Mineral Negara akan dipanggil untuk berbincang mengenai garis panduan dan SOP berkaitan REE.

Beliau berkata, jawatankuasa itu turut dianggotai oleh exco negeri yang bertanggungjawab berkaitan mineral dan galian.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah, Mineral dan Geosains serta Hasil Bumi negeri menyambut baik tentang pengeluaran SOP itu.

“Alhamdulillah kalau ada SOP tu saya ucap terima kasih kepada Kementerian Sumber Asli dan Perubahan Iklim serta menterinya, Nik Nazmi kerana tindak balas yang pantas.

“Saya harap Kedah akan ada hasil-hasil baharu daripada REE berdasarkan SOP itu. Deposit (REE) paling besar ada di Terengganu, sebelum ini yang diteroka jadi projek perintis untuk membangunkan SOP di Perak dan sepatutnya Kedah negeri kedua untuk projek perintis,” katanya.

Kecurian REE di Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik, dekat sini menjadi polemik sebelum ini termasuk menjadi modal kempen ketika pilihan raya negeri (PRN) Kedah.

Isu kecurian mineral tersebut mula didedahkan oleh akhbar ini pada Oktober tahun lalu melibatkan kerugian berjuta ringgit yang dipercayai membabitkan sindiket. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya