PETALING JAYA: Siling sebuah pasar raya di Bandar Mahkota Cheras dekat sini, runtuh hari ini.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 12.37 tengah hari tadi bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, seramai enam anggota bersama satu jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Kejadian melibatkan siling kapur yang jatuh anggaran ketinggian 70 kaki di ruang tengah pasar raya tiga tingkat berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, kata beliau, pihak bomba melakukan turut melakukan pemantauan di lokasi kejadian. – UTUSAN