Selepas ibu, emak saudara pula diugut ah long - Utusan Malaysia

Selepas ibu, emak saudara pula diugut ah long

TAN Sooi Chan (kanan) dan Penyelaras MCA Parlimen Ipoh Barat, Low Guo Nan dalam sidang akhbar mengenai ugutan ah long di Pejabat MCA Perak di Ipoh. - UTUSAN/LIYANA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang peniaga berusia 61 tahun dan keluarganya hidup dalam ketakutan selepas diganggu ahli sindiket pinjaman wang tanpa lesen atau ah long akibat perbuatan anak saudara lelaki mereka yang meminjam wang daripada pihak terbabit.

Peniaga itu yang merupakan emak saudara kepada lelaki yang membuat pinjaman, Tan Sooi Chan, 61, diugut ah long yang mahu membakar kediamannya di Taman Menglembu Impiana ini selepas menyimbah cat merah sekiranya dia tidak membayar pinjaman tersebut.

Menurutnya, dia telah membuat laporan polis setelah keretanya dipecah masuk dan disimbah cat merah namun ah long tersebut mengugut mahu membakar rumah.

“Bukan itu sahaja, ah long itu juga telah mengunci pagar luar rumah kami menggunakan rantai.

“Saya membuat laporan lagi setelah menerima ugutan terbabit,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat MCA Perak hari ini.

Ibu kepada empat orang anak ini berkata, berikutan itu dia telah memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya mengikut saranan daripada pihak polis.

Katanya, setakat ini, tiga laporan polis telah dibuat, dua daripada keluarganya dan satu daripada ibu kepada lelaki yang membuat pinjaman.

“Saya memang sudah tidak berhubungan dengan anak saudara itu dan terkejut apabila mendapat ugutan sebegini,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan sepasang suami isteri yang tinggal di Taman Desa Pengkalan di sini hidup dalam ketakutan selepas diganggu ahli sindiket pinjaman wang tanpa lesen atau ah long akibat perbuatan anak lelaki mereka yang meminjam wang daripada pihak terbabit.

Ibu kepada lelaki itu, Khong, 54, diugut ah long yang mahu membakar kediamannya selain menyimbah najis sekiranya dia tidak membayar pinjaman anak mereka. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya