Saya bukan orang duduk atas emas -Diana Danielle - Utusan Malaysia

Saya bukan orang duduk atas emas -Diana Danielle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bergelar ibu tunggal, pelakon Diana Danielle, 32, memberi fokus kehidupan membesarkan kedua-dua anaknya selepas bercerai.

Menurut Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, dia akan menjalani tempoh idah tiga bulan seperti diperintahkan mahkamah di samping bekerja demi menyara keluarga.

“Saya dalam idah dan itu yang akan jadi fokus selepas ini di samping menjaga anak-anak.

“Saya dan Farid akan sama-sama mencari momentum baru demi anak.

“Saya kerja pagi tadi. Kerja tetap kerja sebab saya tiada pilihan. Tambahan pula saya bukan orang yang duduk atas emas,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari semalam.

Ditanya adakah pelakon Imaginur itu bersedia sekiranya ditawarkan berlakon dengan bekas suami, Diana hanya menjawab ringkas.

“Sejujurnya saya tidak tahu lagi sekiranya untuk berlakon bersama Farid. Saya tidak pasti lagi sama ada akan sedia atau tidak,” tambahnya.

Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Shukran Yusof kira-kira pukul 3:22 petang tadi.

Lafaz cerai dilakukan menerusi aplikasi Google Meet memandangkan Farid mengalami masalah kesihatan pasca Covid-19.

Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai pada 10 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Alasan Diana berbuat demikian kerana dia dan Farid sudah berlaku shiqaq iaitu perbalahan panjang sebagai suami isteri.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN