PONTIAN: Tanaman salak berpotensi menjadi sumber pendapatan sampingan bagi pekebun kerana mampu memberikan pulangan lumayan dalam tempoh tiga hingga empat tahun selepas ditanam. Seorang pekebun, Norman Ali, 53, kini mempunyai 1,200 pokok salak yang di tanah seluas 0.4 hektar di kawasan kebun getahnya serta di sekeliling rumah. Katanya, biji benih salak itu dibeli dari Kelantan pada 2020 dan memilih kebun getah bagi menanam pokok salak memandangkan tanaman tersebut memerlukan tahap…